Walaupun sering menerima tomahan dan kecaman daripada netizen, namun penyanyi Nabila Razali tidak pernah berputus asa malah meneruskan karier nyanyian dengan jayanya.

Terbaharu, Nabila berkongsikan kiriman mesej yang diterima daripada pengguna Instagram yang penuh dengan kebencian terhadap dirinya.

Insan tersebut memberikan mesej yang sarat dengan penghinaan terhadap Nabila dan tidak berpuas hati pelantun lagu Peluang Kedua itu mendapat tempat dalam industri seni kerana baginya Nabila tidak mempunyai bakat yang boleh dibanggakan.

IKLAN

Dikritik mempunyai suara seperti Chipmunk, Nabila akui dia sedih dengan cacian itu namun tidak melatah kerana baginya dia tidak pernah pun mempersoalkan rezeki orang lain.

“SubhanaAllah… Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain…

IKLAN

This is really sad…”

IKLAN

Haih, memang sungguh tidak bertimbang rasa orang yang tergamak sanggup menuduhnya melakukan perkara terkutuk sebegitu. Jika benci sekalipun tidak perlulah hingga menabuh fitnah padanya.

Pujian harus diberikan kepada Nabila kerana tidak melatah dan berputus asa mengejar impiannya biarpun sentiasa menerima kecaman daripada netizen. Moga Nabila akan terus positif seperti selalu!