Tutur katanya sering menawan hati penonton setia Buletin Utama. Kemunculan sebagai penyampai berita benar-benar menarik minat golongan muda juga untuk turut mengikuti hal ehwal berita semasa.

Walau sudah mengecap pelbagai kejayaan di usia muda, Hawa Rizwana Redzuan,25, tidak pernah mendabik dada namun terus merendah diri dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Apa perkembangan terkini Hawa?

Alhamdulillah, pengajian ijazah Hawa sekarang ini sudah memasuki semester ketiga. InsyaAllah, Hawa masih menyampaikan berita di Buletin Utama sambil bekerja. Oh ya! Bermula tahun ini, sejak Januari yang lalu Hawa sudah aktif dalam aktiviti rekreasi antaranya berbasikal, hiking dan juga sekali sekali berkunjung ke gim.

Kerana azam tahun 2020 ini, selain mendapat result cemerlang, Hawa juga berazam untuk lebih aktif dalam aktiviti sukan.Hawa akan make sure seminggu sekali Hawa berbasikal. Memang Hawa sangat minat dengan aktiviti ini dan alhamdulillah rezeki pada awal Januari lalu, Hawa dapat rezeki dihadiahkan sebuah basikal. Jadi bila sudah miliki basikal ini, kita kenalah sentiasa commit.

IKLAN

Bagaimana membahagikan masa di antara kerja dan waktu belajar?

Memang sangat-sangat mencabar serta menduga hati dan perasaan. Sebab bila kita bekerja sebagai penyampai berita, waktu kerjanya memang tidak menentu. Belajar juga perlukan fokus. Kami rakan sekelas sama-sama mengadu nasib tapi tetap beri semangat kepada satu sama lain. Remind each other kenapa kita sambung master.

Hawa juga selalu ingatkan pada diri tentang kepuasan yang kita akan dapat nanti. Biar susah sekarang dan bersenang kemudian. Sebab cabarannya adalah bila kita terima job dan ada jemputan ke acara majlis namun tidak dapat dilaksanakan kerana perlu menghadiri kelas 3 kali seminggu. Kita juga akan ada dua kerja iaitu tugasan kerja dan juga tugasan universiti. Tapi tidak mengapa, kita haruslah ingat niat asal dan insyaAllah akan dipermudahkan.

Bagaimana cara Hawa menjaga kecantikan dan kesihatan diri?

Agak tertekan bila sibuk bekerja dan belajar tapi tiada masa untuk bersukan. Jadi, bila ada masa free je Hawa akan all out and exercise. Kalau tidak Hawa akan pastikan Hawa cukup makan, minum air dan cukup tidur. Mesti kena tidur secukupnya. Contohnya kalau tidak dapat 8 jam, Hawa akan curi masa tidur dalam kereta utk ‘qada’ waktu tersebut.

Untuk kulit pula, Hawa bukanlah cantik sangat tetapi kalau kita sudah tahu kita ada alahan terhadap sesuatu produk, maka berhentilah menggunakannya. Hawa juga ada alahan terhadap beberapa produk mekap.

Sebelum tidur, Hawa akan pastikan Hawa cuci muka sebersih-bersihnya dan ikut rutin yang lengkap. Segalanya sama sahaja cuma kalau ada masalah segeralah berjumpa dengan doktor. Kadang-kadang, kita juga harus melabur untuk kulit yang sihat.

Sudah ada calon jodoh yang terbaik?

Hawa tak mahu terburu-buru untuk kahwin. Takut sebenarnya untuk kahwin. Tiap-tiap hari Hawa minta mak ayah doa agar Hawa dapat jodoh yang sesuai. Yang faham diri Hawa, terima diri ini buruk, cantik, susah senang, sedih dan gembira. Sentiasa membantu each other untuk berkembang menjadi insan yang lebih baik.

Nak baca lebih lanjut? Langganilah segera majalah digital Hijabista isu yang terkini!