Serum adalah salah satu skin care yang perlu dipakai selepas anda mencuci muka, menyapu toner dan juga pemakaian pelembab.

Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk terus meresap masuk hingga ke dalam kulit disebabkan molekul-molekul serum yang kecil. Jadi, serum berfungsi merawat kulit dari dalam. Tidak kisah kalau ada masalah kulit sekalipun, jangan lupa untuk memakai serum.

Ya, pemakaian serum sememangnya penting dan perlu mengikut keperluan kulit muka anda. Serum mempunyai spesifik fungsinya seperti untuk merawat jerawat, kulit kering mahupun masalah jeragat.

Serum mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit di mana kepekatannya lebih tinggi berbanding krim dan losen. Hanya dengan menggunakan beberapa titik serum sahaja sudah mencukupi untuk memberikan kesan terbaik kepada kesihatan kulit anda.

Bagi mereka yang masih tercari-cari serum anti aging (anti penuaan), berikut senarai serum yang bagus untuk melawan kedutan, garis-garis pada wajah, melembapkan wajah, selain mengelakkan kulit menjadi kering.

Hijabi yang berkulit kering dan ada masalah pori-pori terbuka juga sesuaikan untuk menggunakan serum-serum ini kerana ia boleh mengecilkan liang-liang pori pada kulit wajah.

IKLAN

CARA PEMAKAIAN SERUM
Tanpa mengira apa juga jenis serum muka yang anda pilih, sekiranya anda memutuskan untuk menambahkan produk serum ke dalam rutin penjagaan wajah.

Berikut adalah cara yang betul untuk mengaplikasi serum ke wajah anda untuk mendapatkan kesan maksimum.

1. Selepas rutin mencuci wajah anda, gunakan sejumlah serum mengikut kuantiti yang disarankan untuk kulit anda. Kaedahnya adalah dengan menepuk-nepuk serum kepada kulit dengan menggunakan jari anda.

2.Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda dinasihatkan untuk menunggu antara tempoh 10 hingga 15 minit selepas mencuci wajah sebelum menggunakan serum. Ini kerana menurut ahli dermatologi, Dr Jessica Wu, dalam keadaan kulit yang lembap, produk berasaskan air adalah mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kerengsaan. Jadi, sebaiknya, biarkan kulit kering secara semula jadi sebelum meletakkan serum bagi melambatkan proses penyerapannya.

3.Menggunakan serum tidak bermaknda anda tidak boleh menggunakan pelembap kegemaran anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk mengaplikasikan serum pada wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembap, supaya tidak ada bahan yang boleh menyekat ia daripada menembusi kulit anda.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SERUM
Secaranya ringkasnya terdapat beberapa kelebihan penggunaan serum dalam rutin penjagaan wajah harian. Antaranya:

1.Serum mempunyai tekstur nipis dan biasanya datang dalam bentuk cecair. Oleh kerana ia mempunyai molekul kecil, kulit anda akan dapat menyerapnya lebih cepat dan lebih mendalam.

2.Pelembap diperbuat daripada beberapa bahan kimia dan ekstrak yang dimaksudkan untuk melembapkan wajah anda dengan menyelamatkan kulit anda daripada merekah akibat kekeringan dan sejuk. Sementara itu, serum muka biasanya dibuat dari ekstrak kuat yang 10 kali lebih pekat daripada pelembab tetapi tidak berfungsi untuk melembapkan kulit. Jadi amat sesuai untuk individu kulit berminyak.

3.Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran. Sebagai contoh, terdapat serum muka untuk antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat. Ia mensasarkan keperluan tertentu dan anda dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat. Jadi pastikan anda membeli serum mengikut keperluan kulit anda.

4.Serum biasanya datang dalam botol kecil. Tetapi penggunaan 1 hingga 2 titis sudah mencukupi untuk seluruh muka. Oleh itu, satu botol dengan berat 28 gram boleh bertahan selama berbulan-bulan.

Sumber kredit: Instagram Apizdeham dan hellodoktor.com