Usah ketepikan kepentingan ‘face mist’ kerana ia memberi banyak kelebihan pada kulit wajah. Bukan hanya menyegarkan kulit malah ia juga membersihkan keseluruhan wajah.

‘Face mist’ berbeza dengan toner kerana face mist bertindak lebih berkesan untuk memberi kelembapan kepada struktur kulit. Oleh itu, amalkan selalu penggunaan face mist. Untuk hasil yang terbaik, semburkan pada wajah selepas mencuci wajah dengan pencuci muka!

Antara kelebihan yang kamu perolehi apabila menyembur ‘face mist’;

Melembapkan kulit muka 

Seperti toner, ‘face mist’ mengekalkan kelembapan yang cukup dan mengelakkan daripada kulit wajah menjadi kering walaupun dalam tempoh yanhg lama. Ia juga berfungsi untuk menyegarkan kulit muka! 

IKLAN

Bertindak seperti masker mini pada wajah

Apa yang menariknya tentang ‘face mist’ ini, ia juga boleh dijadikan sebagai mask pada wajah. Caranya mudah sahaja! Semburkan ‘face mist’ pada kapas wajah dan letakkan pada sekitar wajah yang sudah dicuci dengan bersih. Biarkan selama 10 minit. Kulit akan terasa lebih segar dan tiada lagi masalah kulit kering.

Alat pelengkap solekan.

IKLAN

Pasti kamu pernah mengalami masalah dimana solekan kamu mula bertompok apabila tiba waktu tengah hari? Usah risau! ‘Face mist’ juga bertindak sebagai pelengkap solekan. Setelah selesai bersolek, amalkan dengan menyembur ‘face mist’ pada wajah kerana ia membuat solekan tampak lebih kemas dan semulajadi.

Antara produk face mist terbaik yang kamu boleh cuba pilihan Hijabista adalah;

IKLAN

Jenama Mario Badescu ini antara jenama yang paling popular untuk mengurangkan masalah jerawat. Selain daripada pencuci muka serta gel jerawat nya yang sangat berkesan, ‘face mist’ nya juga turut meberikan kesan terbaik kepada kulit wajah. Diformula dengan bahan herba, aloe vera serta ekstrak bunga ros, produk ini memberi kelempaban sepenuhnya pada wajah. Apa yang menariknya, haruman ros yang segar serta lembut sangat menenangkan! Sekali semburan sahaja, kulit wajah kamu pasti lembap hingga ke malam!

Jenama Kiehl’s sentiasa menghasilkan produk kulit yang cukup berkesan. Terutamanya kepada mereka yang memiliki masalah kulit yang teruk, guna sahaja produk dari Kiehl’s ini, pasti masalah kulitmu akan hilang. Mengenai ‘face mist’ dari jenama ini, ia diformulasi dengan ramuan Ginseng Tibetan dan juga pokok kaktus yang sememangnya akan memberikan kelembapan yang sepenuhnya jauh ke dalam dasar kulit muka. Bukan hanya untuk melembapkan, namun ia juga membersihkan kulit muka dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia membantu untuk menambah baik tekstur kulit muka supaya tampak lebih berseri dan muda!

Produk ini sesuai untuk mereka yang seringkali berada di luar dan terkena pancaran sinaran matahari. Mengandungi SPF 50, ia membantu untuk melindungi kulit dari sinaran UV dan boleh digunakan selepas memakai makeup. Ia juga dapat melindungi kulit wajah dalam masa 12 jam.