Anda mungkin sudah tidak asing lagi dengan 3 perawatan rambut creambath, hair spa, dan hair mask yang sering ditawarkan di salon kecantikan. Sayangnya, kebanyakkan individu yang tidak mengetahui secara terperinci apa perbezaan ketiga-tiga rawatan rambut ini. Jika anda salah satunya yang masih keliru, mungkin artikel ini boleh membantu anda memahaminya lebih dalam dan anda akan mendapat manfaatnya.

Dipetik dari pelbagai sumber, berikut perbezaan creambath, hair spa, dan hair mask yang harus anda ketahui.

Creambath

Dibandingkan dengan hair spa dan hair mask, creambath merupakan perawatan rambut dasar yang sudah dikenal sejak lama. Bahan yang digunakan untuk krim dalam perawatan creambath umumnya terbuat dari bahan-bahan tradisional, seperti aneka buah serta sayuran yang semuanya memberikan manfaat sesuai dengan kondisi rambut anda.
Biasanya, creambath dilakukan jika rambut anda tidak memiliki terlalu banyak masalah seperti keguguran, bercabang, ataupun diwarnakan. Selain menyapukan krim secara merata ke rambut anda, proses creambath juga sudah mencukupi dengan urutan pada kulit kepala.

BACA ARTIKEL INI JUGA: 10 Resepi Masker Rambut DIY Terbaik Untuk Setiap Jenis Masalah Rambut, Menurut Pakar

IKLAN

Rawatan ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah di kepala anda serta memberikan efek rilek dan menenangkan. Setelah diurut, rambut kemudian diwap dengan mesin mahupun membungkus rambut dengan tuala panas. Langkah ini juga untuk membuka pori-pori kulit kepala, agar nutrisi dari krim boleh terserap secara sempurna ke dalam kulit kepala.

Hair spa

Hair spa merupakan perawatan rambut yang membantu mengatasi pelbagai masalah rambut rosak seperti rambut kering, kusam, berminyak dan kejung. Perawatan ini untuk memberi nutrisi pada akar rambut, merevitalisasi kulit kepala, serta menguatkan folikel rambut sehingga menjadikan rambut anda sehat secara keseluruhan.
Pada umumnya, kandungan krim dalam hair spa lebih kaya vitamin dibandingkan creambath, harus diingat hair spa memang ditujukan untuk menyihatkan rambut yang rosak. Krim yang digunakan pada hair spa juga mengandung minyak esensial lebih harum dibandingkan krim untuk creambath.

Sama dengan creambath, perawatan hair spa termasuk urutan ringan dan stim di mana kedua-duanya berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah di kulit kepala serta mengoptimakan penyerapan krim. Tidak hanya itu, rawatan ini membuat folikel rambut menerima lebih banyak oksigen dan nutrisi melalui darah sehingga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

BACA ARTIKEL INI JUGA: DIY Masker Pisang Dengan 4 Bahan Alami Ini, Baik Untuk Kesihatan Rambut. Yang Bertudung Boleh Cuba!!

Di sebalik manfaat yang ditawarkan dari perawatan ini, sayangnya hair spa memiliki beberapa kekurangan. Pertama, sering melakukan hair spa boleh menyebabkan warna rambut anda jadi pudar. Kedua, umumnya perawatan ini lebih mahal bukannya creambath. Meski begitu, kebanyakan salon meletakkan harga yang bervariasi bergantung pada panjang dan pendeknya rambut anda. Biasanya semakin panjang rambut anda, tentu biayanya akan semakin mahal.

Hair mask

Hair mask adalah perawatan rambut yang umumnya digunakan untuk mengatasi rambut gugur dan masalah rambut lainnya dalam kondisi yang sudah parah. Jika anda termasuk dalam golongan yang sering melakukan menwarnakan rambut, meluruskan, ataupun mengeritingan rambut, hair mask boleh jadi perawatan terbaik. Ini kerana hair mask bertindak sebagai perawatan mendalam untuk memperbaiki kerosakan rambut yang anda alami.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Masker Rambut Terbaik Atasi Rambut Kering, Berkualiti Tanpa Kesan Sampingan

Seorang penata rambut selebriti mengatakan bahwa menggunakan hair mask secara teratur akan membantu anda menyamarkan kerosakan rambut dengan melembapkan rambut anda. Rawatan ini akan membuat rambut anda jadi terasa lebih tebal dan kuat. Bagi beberapa kes, hair mask mungkin tidak boleh menyembuhkan rambut anda yang sudah terlanjur rosak, namun cara ini setidaknya akan membantu mencegah kerosakan yang lebih parah nantinya.
Berbeza dengan crembath dan hair spa, dalam perawatan hair mask tidak ada urutan sama sekali. Ini dilakukan supaya rambut anda tidak semakin gugur dan rosak. Meski begitu biasanya para terapi tetap memberikan urut-urutan di bahagian tubuh seperti leher, bahu, serta pinggang.