Sedang rancak mencorak kerjaya, juara sulung rancangan Ratu Hijabista iaitu Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman,21, atau lebih dikenali sebagai Qila berkongsi berita gembira mengenai perkembangan dirinya apabila terpilih menjadi hos Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) di platform digital yang akan berlangsung pada 20 Disember ini.

Ujar gadis yang berasal dari Kelantan ini, semestinya dia sangat teruja dengan peluang yang ditawarkan dan akan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Memang sangat teruja sebab AME seperti yang kita tahu ‘brand’ yang sangat besar di Malaysia ini. Jadi sebab itu bila Qila dapat tawaran ini terus terima sebab ia satu peluang yang sangat bagus untuk Qila kembangkan lagi bakat, besarkan nama Qila lagi dalam industri.

 InsyaAllah, mungkin orang boleh nampak Qila mengacara dan sebagainya dan dari situ juga mungkin boleh mendapat peluang berlakon di Astro ataupun mana-mana stesen televisyen.

IKLAN

Persiapan ‘of course’ orang kata Qila banyak mengasah bakat, banyak bertanya dan buat ‘research’ sebab Qila ‘interview’ artis-artis yang mempunyai nama yang besar dalam industri jadi sebab itulah kita perlu ‘study’ dan tahu etika mengenainya dalam bidang pengacaraan.

IKLAN

Qila banyak belajar dan menimba ilmu bersama rakan-rakan penyampai yang sudah pun mempunyai pengalaman dalam bidang ini dan perkara itulah yang Qila terapkan dan cuba sampaikan kepada penonton, InsyaAllah.

IKLAN
Selain itu, Qila juga bakal mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan selepas ini apabila mendapat tawaran daripada beberapa pihak produksi terkemuka negara.
Sangat bersyukur dengan rezeki yang hadir, Qila berharap dia dapat waktu dengan sebaiknya di antara pengajian dan juga kerjaya.

InsyaAllah akan menceburi bidang lakonan selepas ini sebab telah ditawarkan peluang oleh beberapa produksi drama. InsyaAllah, doakan. Masih dalam perancangan tapi doakanlah segalanya dipermudahkan.

Semoga banyak lagi tawaran-tawaran di masa hadapan dan semoga urusan pengajian dan kerjaya Qila dapat diseimbangkan dengan sebaiknya. Itu yang paling penting. Perlahan-lahan orang kata melebar sayap dalam bidang pengacaraan dan juga bidang lakonan.