Umat Islam disarankan untuk sentiasa mengamalkan bacaan zikir kerana ia memberi banyak kelebihan kepada kita. Zikir bukan sahaja dbaca selepas solat malah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Jadi jika anda sibuk bekerja bukanlah menjadi alasan untuk tidak melakukan amalan berzikir.

Berbicara mengenai zikir, baru-baru ini artis popular yang cantik ayu, Mira Filzah berkongsi tentang cara-cara zikir yang mudah untuk kita lakukan. Menerusi laman Instagramnya, Mira menunjukkan lapan zikir mudah yang sememangnya kita boleh ikut walaupun sibuk sepanjang masa.

Berikut adalah lapan zikir mudah mengikut perkongsian Mira Filzah dan juga nota tambahan dari team Hijabista. Selamat beramal!

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” itu sebagai satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. 

Riwayat Al-Tirmizi (2835)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:

IKLAN

“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam ayat Al-Qur’an Allah SWT juga telah berfirman,

“Dan jika kalian manusia mahu bersyukur atas nikmat yang telah aku berikan kepada kalian maka nescahya aku akan menambah nikmat yang telah aku berikan kepada kalian, dan jika kalian kufur (tidak mau bersyukur) maka ketahuilah niscaya siksa ku itu pedih.” (Q.S. Ibrahim: 7).

Rasulullah SAW. bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca “Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (HR. Muslim no. 2695)

IKLAN

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386). 

Dari Abdullah bin Amr ,, Rasulullah S.A.W bersabda :

“Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan : Laailahaillallah ,, allahuakbar subhanallah ,, alhamdulillah ,, walaahawlawalaa quwwataillabillah melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan ”

Dalam Riwayat Muslim pula ada menjelaskan bahawa :

“Barangsiapa bertasbih ( Subhanallah ) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali ,, bertahmid ( Alhamdulillah ) sebanyak 33 kali dan bertakbir ( Allahu Akbar ) sebanyak 33 kali kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikala lahulwalahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir ,, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan ”

IKLAN

Firman Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”

Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

Sudah terang lagi bersuluh, terlalu banyak kebaikannya jika kita mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian kita. Setiap satu ayat ini memberi ganjaran pada kita di akhirat kelak.

Antara kelebihan-kelebihan lain jika kita berzikir adalah:

  1. Dapat menghalau perkara buruk dan kejahatan syaitan.
  2. Allah S.W.T akan selalu ingat kepada hambanya yang berzikir.
  3. Muwujudkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dan mendekatkan kita dengan-Nya.
  4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah S.W.T.
  5. Membersihkan kolam jiwa dan hati.
  6. Menjauhkan rasa kebimbangan dan was-was.
  7. Mendapat kebaikan di dunia serta di akhirat.
  8. Mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama lakukan zikir mudah ini hasil perkongsian daripada artis popular tanah air, Mira Filzah. Tiada apa yang boleh menjauhkan kita dengan Allah S.W.T melainkan diri sendiri yang membina benteng untuk menjarakkan kita dengan-Nya!

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah