Hasad juga berlaku dalam pelbagai punca, berkemungkinan di kalangan wanita kerana kecantikan paras rupa seseorang. Orang berwajah cantik sering menjadi tumpuan sama ada sama jantina mahupun berlawanan jantina. Biasa kita dengar berita orang mendapat akibat buruk kerana menolak cinta.

Ada yang disihir sehingga sakit. Tidak kurang juga ada menjadi mangsa pembunuhan. Usah jadikan dengki sebagai budaya kita kerana ia hanya membuatkan hidup kita tidak bahagia. Sifat cemburu adalah sebahagian naluri manusia di mana ia akan mendorong orang lain turut berusaha untuk berjaya. Kawal perasaan cemburu supaya ia tidak bertukar menjadi hasad.

Manifestasi dengki biasanya datang dalam pelbagai bentuk yang negatif. Tanya pada diri sekuat mana kita sudah berusaha untuk menjadi seperti mereka yang berjaya itu atau kita lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja tidak berfaedah?

Sememangnya ubat mujarab dalam mengubati penyakit hasad adalah bersyukur dan cara menghindarinya adalah baik sekiranya kita mengamalkan surah-surah di dalam al quran sebagai pendinding.

Manusia diciptakan oleh Allah berpotensi melakukan kebaikan dan keburukan. Seperti yang telah Allah firmankan dalam surat as-Syams ayat 8:
وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧
فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨

IKLAN

dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya

Ibnu Katsir mengutip perkataan Ibnu Abbas dalam Tafsir al-Quran al-Adzim bahawa Allah telah menunjukkan perkara baik dan buruk pada diri manusia yang telah diciptakan. Dan telah jelas Allah menampilkan keduanya sehingga manusia berpotensi memilih salah satunya. Bahkan dalam hadis Shohih Muslim dari riwayat ‘Iyadh bin Himar al-Mujasyi’i:

عَنْ رَسُؤلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: يَقُوْلُ اللهُ إِنِّيْ خَلَقْتُ عِبَادِيْ حُنَفَاءَ فَجَاءَتْهُمْ الشَيَاطِيْنُ فَاجْتَلَتْهُمْ عَنْ دِيْنِهِمْ

Ertinya: dari Rasulullah Saw. Bersabda: Allah berfirman, “sesungguhnya aku menciptakan hamba-hambaku dalam keadaan lurus (berpegang pada tauhid) kemudian datanglah syetan untuk membelokkan mereka dari agama mereka.

Dalam perkara ini salah satu perbuatan tercela dan termasuk maksiat adalah dengki, baik kepada muslim atau lainnya. Memiliki rasa dengki tidaklah dibenarkan dan memang terkadang tidak boleh dihindari dari hati manusia. Tapi kita boleh memohon pada Allah agar dijauhkan dari rasa dengki dengan cara berdoa yang diambil dari ayat Alquran berupa surat al-Hasyr ayat 10:

رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِي قُلُوبِنَا غِلّٗا لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٞ رَّحِيمٌ

“Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”

Dalam tafsir Ibnu Katsir, doa ini mulanya dipanjatkan oleh orang-orang yang berhak mendapatkan harta rampasan perang kerana termasuk golongan orang-orang fakir. Mereka lalu mendoakan kebaikan untuk saudara-saudaranya dalam keadaan sembunyi dan terang-terangan. Tetapi doa ini juga bisa kita lafalkan demi melindungi hati agar terhindar dari rasa dengki kepada orang lain kerana mendapatkan nikmat yang tidak kita dapatkan atau sebab lainnya. Patutlah kita senantiasa mensyukuri apa yang telah Allah karuniakan kepada kita semua sehingga kita juga terhindar dari rasa iri dan dengki.