Macam mana nak tahu dia itu jodoh kita? Soal jodoh memang satu topik yang penuh dengan rahsia dan misteri. Kongsi Heliza Helmi, formula tentang jodoh itu dia dapat dari perkongsian Ustaz Salahuddin Harun. Moga ia bermanfaat kepada semua.

Berikut perkongsian Heliza Helmi.

Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.

Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.

IKLAN

Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin  dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.

MACAM MANA NAK TAHU, DIA JODOH KITA?

Heliza Helmi ada kongsikan formula yang dia dapat dari seorang ustaz. Nak tahu, kena tengok…Video asal dari Online Majlis Ilmu di YouTube (https://youtu.be/gbRIJycehdc)

Posted by The Rohani on Wednesday, 6 March 2019

Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.

Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.

Sumber kredit: The Rohani  dan nurheliza helmi