Selain jerawat yang merupakan salah satu musuh wanita, blackhead juga boleh menyebabkan kita jadi tidak senang duduk. Malah, tangan ini akan gatal untuk memicit hidung atau atau sekitar pipi yang ada blackhead hingga meninggalkan parut.

Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah anda berwarna hitam.

Blackhead biasanya bintik-bintik hitam kecil yang ada di daerah hidung, dagu, dan dahi. Tentu sahaja, blackhead akan mempengaruhi penampilan kulit anda.Blackhead adalah komedo yang terbentuk kerana pori-pori tersumbat oleh sel kulit mati dan sebum, sehingga menyebabkan kulit tampak gelap.

Pori-pori itu sendiri adalah folikel kecil dari rambut dan semua orang pasti memilikinya di seluruh tubuh. Tidak heran jika pori-pori yang posisinya cukup dekat dengan permukaan kulit ini akan sering terkena udara atau tersumbat. Pori-pori yang tersumbat, akhirnya akan menjadi gelap, itulah yang disebut blackhead.

Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan blackhead ini seperti penggunaan ‘mask’ tetapi cara ini sedikit menyakitkan. Sebenarnya ada cara lebih mudah untuk kita hilangkan masalah blackhead dari wajah. Hanya menggunakan susu dan buah pala sahaja.

Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.

IKLAN

Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya. Boleh lakukan sendiri di rumah.

BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar serbuk buah pala
2-3 sudu besar susu
Mangkuk kecil
Sudu atau garfu

CARA MEMBUATNYA:
1.Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.

2. Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.

3. Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.

4. Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.

5. Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.

Hasilnya bukan sahaja blackhead hilang, tetapi juga membuatkan kulit wajah segar, halus dan mulus.

HIJABISTA: Selepas ini bolehlah sis cuba buat di rumah. Bahan pun tak mahal dan mudah untuk di dapati.