Walaupun cuaca panas tetapi tidak menghalang hijabi untuk melakukan aktiviti luar. Ia boleh dilakukan tetapi perlu dibuat dengan lebih terkawal tanpa memudharatkan diri. Kebiasaannya apabila sudah terlibat dengan aktiviti luar, hijabi pasti akan terdedah dengan masalah sunburn akibat pancaran sinar cahaya matahari yang terik.

Jika tidak memakai sebarang perlindungan, pasti akan menyebabkan wajah berbelang. Perkongsian Edania Suhairi di laman Facebooknya berkongsi tip merawat kulit sunburn.

RAWAT SUNBURN DENGAN MASK

Biasanya ketika pergi bercuti terutama di kawasan pantai dan pulau, tentunya anda pernah mengalami masalah kulit ‘terbakar’ atau sunburn bukan?

Jika anda mengalami situasi-situasi berikut ini bermakna anda sedang mengalami masalah kulit terbakar.

*Kulit merah
*Kulit mengelupas
*Kulit pedih
*Kulit kering/kesat

Pastinya ia satu keadaan yang tidak menyeronokkkan. Lebih teruk lagi, kulit akan rasa pedih terutama ketika mencuci kulit wajah. Jika anda mengalami sitasui ini, sebenarnya kulit anda sudah bertukar menjadi kulit sensitif. Sebab itulah, kulit rasa pedih.

CARA PALING MUDAH HENDAK RAWAT SUNBURN:

PAKAI SLEEPING MASK

Seeloknya ketika pergi bercuti, bawa sekali sleeping mask yang ada soothing agent macam aloe vera, madu, atau centella. Sleeping mask ini biasanya dalam bentuk gel. Jadi apabila dipakai pada muka yang pedih, anda akan rasa selesa, sebab ia sejuk. Secara tidak langsung rasa pedih pada kulit wajah akan berkurangan.

Selain itu, sleeping mask ini biasanya waterbased. cepat meresap bukan seperti krim malam (night cream) yang likat pekat, hendak sapu padfa kulit wajah pun rasa pedih. Tekstur sleeping mask ini seperti ge;, sapu lembut sahaja pada kulit wajah mudah sahaja boleh meresap. Tidak perlu cuci pun selepas itu. Paling penting sebenarnya hydration (hidrasi pada kulit wajah).

Antara sleeping mask yang dicadangkan: *Water sleeping mask laneige

PERHATIAN: 12% DISKAUN untuk beberapa produk koleksi Laneige  dengan menggunakan kod: HBLANG12. Sah selama 10 hari bermula 10/9/2020
berakhir pada 20/9/2020.

IKLAN

*#PHskincare sleeping mask

*Kalau bajet constraint aloe vera gel pun boleh


SHEET MASK

Seeloknya pilih sheet mask yang ada soothing agent. Pastikan juga ada tambahan kandungan Hyaluronic Acid (HA). Ia berfungsi untuk melembapkan kulit, mengunci kelembapan kulit wajah. 1mg HA = 1 baldi air. Cuab bayangkan, kulit merah pedih mengelupas itu, disimbah dengan sebaldi air. Tentulah selesa dan sejuk sahaja bukan? Paling penting adalah hydration (hidrasi) pada kulit wajah.

Antara sheet mask yang dicadangkan: Naruko Rose & HA

*Hada Labo hydrating mask

*Soo Beauté hydro vital ampoule mask

APA YANG PERLU DIELAKKAN:

Untuk jangka masa seminggu sehingga kesan kemerah-merahan sunburn itu hilang, eloklah kiranya anda hentikan seketika proses exfoliate (skrub). Hal ini kerana kulit merah mengelupas tentunya akan berasa pedih. Jadi jika anda terus melakukan proses skrub pada kulit wajah yang merah itu maka akan bertambah pedihlah bahagian kulit tersebut.

Ke tepikan dahulu hasrat untuk memutihkan atau mencerahkan kulit wajah tetapi fokus kepada proses hidrasi kulit wajah terlebih dahulu. Apabila kulit wajah telah pulih seperti sedia kala maka barulah boleh sambung semula proses memutihkan atau mencerahkan kulit wajah.

Paling utama untuk merawat kulit wajah yang sedang mengalami fasa sunburn ialah sabar dan disiplin dalam merawat kulit wajah. Hasilnya kulit akan pulih seperti sedia kala.

RAWAT KULIT SUNBURN DENGAN MASKER BUAT SENDIRI DI RUMAH:

Semangkuk yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Yogurt juga mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penghalau sel-sel kulit mati. Seperti juga yogurt, madu juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan sering digunakan sebagai campuran minuman bagi menambah stamina tubuh.

Sebenarnya yogurt dan madu bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kecantikan dan perawatan kulit wajah. Kulit terbakar atau sunburn adalah keadaan kulit yang berwarna merah dan terasa perih seperti terbakar. Ia biasanya disebabkan terlalu lama berada di bawah terik matahari.

Ikuti perkongsian Fitriah Azman.

BAHAN-BAHAN:
Yogurt
Madu

CARA-CARA:
1. Campurkan kedua-dua bahan ini dan kacau sehingga sebati. Lebihkan kuantiti yogurt dari madu.

2. Pakai dalam tempoh 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Kesannya anda akan rasa kulit segar dan glowing.

Pakai dua hingga tiga kali seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya maka masalah kulit sunburn akan segera berakhir.

Ianya bagus untuk mengembalikan kelembapan kulit wajah. Kulit wajah akan terasa sejuk dan segar. Jika lama-lama diamalkan kesannya kulit wajah akan terasa lebih anjal.

Sumber kredit: Facebook: Edania Suhairi dan Fitriah Azman