Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada pasang surutnya. Ada masa gembira dan adakalanya duka bagai putaran roda. Namun apabila sedang berduka tentunya jiwa terasa sedih dan sayu,

Dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan hidup yang kita lalui, kita hendaklah berfikiran positif, mengkaji dan menilai apa-apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita.

Selain muhasabah diri, pohonlah doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita mengadu dan meminta.

Melalui perkongsian Nana Ismail di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi doa-doa yang boleh diamalkan ketika berada dalam keadaan sedih dan susah.

TIP UNTUK LEBIH TENANG KETIKA BERADA DALAM KESUSAHAN:

IKLAN

1. Solat fardhu awal waktu. Dapat je notification masuk waktu atau dengar azan, terus stop semua kerja dan ambil wuduk.

2. Bangun awal jam 5 pagi. Buat tambahan solat sunat untuk nak lebih dekatkan diri kita kepada Allah swt. Antaranya solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Fajar, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.

3. Dari waktu subuh nak tunggu matahari terbit, boleh baca surah Yasin.

4. Wajib baca zikir setiap hari. Antaranya:

– Istighfar 101x (istighar yang penuh iaitu Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
– Zikir Nabi Yunus 101x (La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zhalimin)
– Ya Allah 101x
– Selawat 101x
– Zikir Asmaul-Husna

5. Baca surah Al Fatihah untuk mak ayah, guru / mentor, dan orang yang kita tak kenal. Contoh dalam kereta, kita nampak ada orang sedang sapu sampah, terus niatkan dalam hati nak baca Al Fatihah untuk orang itu.

6.Akhir sekali untuk jadi orang yang tenang dan bahagia, sentiasa maafkan orang dan berkawan dengan semua orang. Akan ada orang yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang tak baik jadikan ianya sempadan dan yang baik jadikan ianya teladan.

Sumber kredit: Facebook Nana Ismail