Personaliti media sosial, Norreen Iman meluahkan rasa terharunya apabila dikurniakan sahabat sebaik Hazeman Huzir. Walaupun mereka tidak begitu rapat, namun tindakan Haze yang memberikannya hadiah istimewa amatlah mengejutkannya.

Mahu menjadi insan yang lebih baik, Hazeman atau lebih mesra disapa Haze yang kini lebih aktif di laman YouTube dengan berkongsikan kisah penghijrahannya dan juga aktiviti kemanusiaan telah menghadiahkan Norreen Al-Quran peribadi yang sering digunakannya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum 😄

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

IKLAN

Berkongsi di laman twitternya, Norreen ternyata tersentuh dengan tindakan Haze itu kerana tidak menyangka akan menerima kejutan sebegitu sewaktu Haze berkunjung ke rumahnya setelah sekian lama tidak berjumpa.

Norreen sendiri tertanya-tanya kenapa dalam ramai-ramai orang, dia yang bertuah menerimanya?

Selain itu, Norreen juga turut mendedahkan beberapa minggu lalu entah mengapa hatinya tergerak untuk mencari kedai yang menjual Al-Quran di Instagram. Tiba-tiba, Haze pula yang menghadiahkannya pada minggu ini.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, Saya kini di Tanah Haram mengerjakan umrah lagi. Kali ini dengan menyantuni mak ayah yang pertama kali pergi. Ya saya baru pergi haritu, tapi dah rezeki pi lagi. Takkan aku nak cakap "eh takpe lah? I pass. Dah pergi aritu". Dah lah bapak sponsor. Kita kan orang Malaysia, kalau tolak benda free takut kena tarik balik kerakyatan. Btw, gambar first tu aku suka. Sebab manisss je. Manis dalam Ketegasan. Agitok. Tapi jangan gusar, ketika di sini saya berjanji tidak akan pakai telekung 😅 Speaking of, Insyallah jam 6pm waktu Malaysia hari ini, saya post satu video tentang kes pondan bertelekung di Mekah. Tapi tidak lah marah-marah. Cukup lah ramai ustaz dan mutawif dah marah dah di media sosial. Sekali lagi, aku lain. Aku Manis Dalam Ketegasan.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Selepas itu, tanpa disangka pula rezeki Norreen hadir tanpa diduga apabila dia mendapat job baharu. Inilah yang dikatakan rezeki daripada Tuhan.

Percaturan Allah itu memang indah. Jika Dia mahukan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia. Beruntunglah kita jika dikurniakan teman-teman yang baik dalam hidup.

Walaupun tidak rapat, namun kita tahu merekalah yang kita boleh harap disaat memerlukan dan juga menolong kita menuju ke arah kebaikan. Oleh itu, hargailah mereka yang ada di sisi anda dengan sebaiknya.

kredit: twitter @norreen143, instagram @hazemanhuzir