Debaran menanti cahaya mata, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukurnya kerana doanya di Mekah ketika menunaikan umrah untuk dikurniakan zuriat dimakbulkan Tuhan.

Di hari ulang tahunnya yang ke 30 tahun, Fattah juga memohon pada semua agar mendoakan isterinya, Nur Fazura yang dijangka bakal bersalin dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk menjejaki bumi Allah Mekah sebelum pandemik covid melanda dunia. Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat. Subhanallah… Allah Maha Besar.

Sekembalinya dari tanah suci, Isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya. Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami… InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semua semoga semuanya di permudahkan Ilahi. 🤲✨✨✨ @missfazura

IKLAN

Sama-sama menunaikan umrah, pereka fesyen terkenal yang juga sahabat baik pasangan ini iaitu Rizman turut menitipkan pesanan dan doanya buat mereka agar dipermudahkan segalanya.

InshaAllah.. kita menjadi saksi.. begitu besar kekuasaan Allah SWT. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah pelindunganNya

InshaAllah semoga semuanya dipermudahkan buat u dan faz. Amin amin ya rabbalalamin

Selamat Hari Lahir bro 💖💖💖

Pastinya seluruh Malaysia tidak sabar menantikan kelahiran ‘Fattzura junior‘ ini. Mesti comelkan! Moga yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini dan dapat menimang cahaya mata dengan selamat. Amin.