Beliau umpama permata yang sering menyinar di arena dunia kewartawanan. Pagi ini, seisi karyawan dikejutkan dengan pemergian insan yang cukup sebati dalam gelanggang kewartawanan tanahair.

Perginya Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali ke negara abadi begitu mengejutkan. Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.


“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Melalui akaun facebook anak lelaki beliau, Haikal Jalil, turut mengesahkan bahawa bapanya meninggal dunia 6.32 pagi ini.

Memetik temubual wartawan Sinar Harian bersama balu Allahyarham, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan di kediaman keluarga mereka di Bandar Sunway, perkataan terakhir yang disebut Allahyarham ialah ‘Allah.’ Sungguh manis pengakhiran beliau, bibirnya mengungkap perkataan ‘Allah’ di hujung nafasnya. (Minit 4:32)

Temuramah bersama balu Penasihat Editorial Sinar Harian, Allahyarham Datuk Abd Jalil Ali, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan

Temuramah bersama balu Penasihat Editorial Sinar Harian, Allahyarham Datuk Abd Jalil Ali, Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan di kediaman keluarga mereka di Bandar Sunway, hari ini.

Posted by Sinar Harian on Friday, 7 August 2020

Datuk Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

IKLAN


DATUK ABDUL JALIL ALI DALAM KENANGAN
Datuk Abdul Jalil Ali dilahirkan pada 28 Februari 1954. Allahyarham berasal dari kampung Sungai Jaya, Bukit Gambir, Muar, Johor. Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Nooraiya Syed Hassan.


Pasangan bahagia ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Allahyarham bukan sahaja memegang jawatan sebagai Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian malah Allahyarham juga seorang wartawan dan juga novelis.

Datuk Abdul Jalil Ali dalam kenangan

Datuk Abdul Jalil Ali dalam kenanganBerita penuh di https://bit.ly/2PD0kFfhttps://bit.ly/2PCjOcUMuzik: www.bensound.comUntuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linkin.bio/sinarharian

Posted by Sinar Harian on Saturday, 8 August 2020

Dalam kesibukan tugas hariannya yang tidak pernah surut, Allahyarham masih sempat lagi menumpahkan coretannya sebagai kolumnis/penulis tetap untuk majalah Keluarga (Kolum Wanita Di Mata Lelaki) dan Pesona Pengantin (Bunga Rampai).

KARYA: Novel, cerpen, drama radio, skripTV dan filem.

ANTARA KARYA HASIL PENULISAN BELIAU: Dari Menara KL dan novel Emylia Zulaikha. Selain itu antara buku-buku penulisan beliau yang diingati sehingga kini antaranya ialah Asam Garam Gula & Kopi, Cendol Pulit Santan Lebih, Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis dan Asam Pedas Sirap Bandung.


.


NAMA SAMARAN: Allahyarham juga menggunakan berbagai nama samaran antaranya Boonlert Pratchai, Jasnilara, Abdjal S.E, Ila Lilaj dan Mimi Hamidah.

PENGALAMAN: Setelah tamat SPM pada wal 70-an, Allahyarham mula menceburi dunia persuratkhabaran sebagai pemberita pelatih di Jalan Chan Show Lin. Beliau kemudiannya menamatkan perkhidmatan dari Utusan Melayu dan meneruskan tugas kewartawanan di beberapa syarikat penerbitan akhbar dan majalah di Kuala Lumpur.


Dari pemberita pelatih, kerjayanya meningkat menjadi wartawan kanan,penolong editir, editor kanan dan ketua editor.

Walaupun mengambil jurusan Sains Politik ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, bidang kewartawanan terus menjadi pilihan beliau.

Allahyarham mula menyertai Kumpulan Karangkraf pada 1991 dan akhirnya memegang jawatan sebagai Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian. Beliau juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Apa yang pasti, penulisan beliau yang begitu dekat di hati pembaca tentunya dirindui. Hanya hasil karya beliau sebelum-sebelum ini jadi sejarah untuk dikenang.

Semoga Allahyarham Datuk Abdul Jalil Ali ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber kredit: Sinar Harian  Twitter Hussamuddin Yaacub dan Facebook Haikal Jalil