Gadis pada masa kini pastinya gemarkan gajet yang memudahkan kehidupan namun pada masa yang sama mempunyai gayanya yang tersendiri. Seperti Mi Note 10 Lite keluaran hebat Xiaomi, ia direka khas bagi memberikan pengalaman luar biasa buat si penggunanya.

Faham dengan kehendak remaja sekarang yang suka berswafoto dan bergambar, ia hadir dengan 64MP AI Quad Camera bersama SONY IMX686 yang memberikan warna imej yang lebih terang serta mampu menangkap gambar dengan lebih jelas. Foto OOTD anda pastinya akan kelihatan wow gitu!

Sempurna Untuk ‘Kaki Vlog’

Selain itu, ia juga mempunyai ‘Mod Vlog’ bagi membantu anda menghasilkan vlog yang hebat dengan hanya satu klik. Pastinya sangat sempurna untuk anda yang gemar memuat naik vlog di Instagram TV atau di laman YouTube.

Penonton vlog anda pasti akan terpukau dengan kualiti video tersebut kerana rakaman video 4K yang dimilikinya selain boleh merakam video gerakan perlahan sehingga 960fps. Bolehlah kita buat video slow motion yang sedang in trend sekarang ini! Nak buat video TikTok pun boleh.

Reka Bentuk Mesra Pengguna

IKLAN

 

Di samping itu, Mi Note 10 Lite ini mempunyai reka bentuk yang unik iaitu paparan AMOLED 6.47 inci melengkung 3D. Bahagian belakang kaca yang melengkung 3D itu memberikan keselesaan pada tangan anda sewaktu memegangnya tanpa rasa lenguh. Warna-warna yang ditampilkan juga menarik hati dan boleh dipilih mengikut personaliti anda seperti Nebula Purple, Glacier White, Midnight Black. Lain daripada yang lain bukan?

Bukan itu sahaja, di zaman serba moden ini pastinya kita mahukan bateri tahan lama yang akan mudahkan kerja kita seharian. Usah bimbang kerana Mi Note 10 Lite ini hadir dengan bateri 5260mAh + 30W dan pengecasan pantas.

Ia hanya mengambil masa 64 minit dari 0 hingga ke 100%. Lebih menarik lagi, jangka hayat baterinya tahan lebih dari 2 hari! Maka tak perlulah anda susah-susah mencari plag sewaktu berada di luar.

Ruang Storan Yang Luas

Gajet trendy ini turut menampilkan Qualcomm Snapdragon 730G, pemproses 8nm yang sangat cekap yang bagi melancarkan penggunaannya. Anda juga tak perlu risau mengenai masalah memori tak cukup kerana ia datang dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang memberi lebih banyak ruang simpanan bagi memori anda.

Dengan harga hanya RM1599, anda boleh memiliki telefon pintar yang versatile ini di Lazada dan semua cawangan Mi Store serata negara. Bukan hanya penampilan diri yang perlu dititikberatkan, telefon pintar pun mestilah kena stailo juga tau! Dengan adanya Mi Note 10 Lite, pastinya semua lebih sempurna!

Layarilah laman media sosial Xiaomi segera bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya.

FB: facebook.com/XiaomiMalaysia/

IG: instagram.com/xiaomi.malaysia/

TW: twitter.com/XiaomiMalaysia

Tiktok: https://vt.tiktok.com/UcoMYH/