Drama bersiri 7 hari Mencintaiku 2 yang disiarkan dalam solat Akasia yang disiarkan di TV3 seakan stau fenomena sehingga meninggalkan impak yang besar kepada penonton.

Ternyata watak-watak yang dipegang oleh para pelakonnya, Siti Saleha dan Shukri Yahaya begitu melekat dihati penonton. Watak Mia Adriana dan Khuzairi menjadi siulan ramai.

Namun dua watak yang sering menjadi perdebatan ialah watak Mak Leha yang dibawakan oleh Liza Abdullah dan watak Nurul Ain yang dilakonkan oleh pelakon baharu, Wafariena Roslan.

Boleh dikatakan dalam setiap episod, ada-ada sahaja perkara yang menimbulkan geram dan rasa marah penonton kepada dua watak tersebut. Dapat dilihat bahawa watak Mak Leha itu terlalu mementingkan diri sendiri sehingga gagal mengenal antara kaca dan permata. Sedangkan hakikatnya Nurul Ain yang ‘disanjung-sanjung’ oleh Mak Leha sebagai menantu terbaik punya agenda tersendiri.

IKLAN

Pagi tadi, barisan pelakon drama ini telah dijemput ke konti radio Hot FM sebagai tetamu jemputan. Antara yang hadir ialah Shukri Yahaya, Liza Abduillah, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifli untuk segmen Geng Pagi Hot untuk mempromosikan drama yang kini menjadi trending industri drama tempatan.

Dalam temu bual tersebut, Liza Abdullah sempat berkongsi cerita. Liza mengakui bahawa disebabkan watak Mak Leha yang dibawakannya dalam drama tersebut, dia menerima komen negatif daripada penonton.

“Saya akui memang ada yang membenci saya kerana watak Mak Leha tetapi sejak dari awal lagi saya sudah maafkan komen tersebut. Saya faham mungkin mereka benci saya kerana Mak Leha tapi saya harap mereka tak benci Liza Abdullah,”ujar Liza.

Pelakon berusia 56 tahun ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong drama 7 hari Mencintaiku dari musim pertama hinggalah musim ke dua.

Sumber kredit: Instagram lizza_abdullah dan Hot FM