Setiap kali hendak berdiet seringkali ramai yang mengelak untuk mengambil minuman berais. Alasan yang diberikan kononnya minuman berair akan menyebabkan proses menurunkan berat badan tidak berjaya. Maka ramailah yang mengambil minuman panas bagi menggantikan minuman sejuk dan mengandungi ais.

Mitos ini terus berlarutan sedangkan dalam masa yang sama si individu terus mengelakkan mengambil minuman sejuk tanpa mengetahui fakta yang sebenarnya.

Berikut info yang dipetik dari Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

AIS MEMBEKUKAN LEMAK?

“Jangan minum ais ketika sedang berdiet nanti akan menyebabkan lemak membeku dalam badan sebab tu susah nak kurus”

“Minuman panas akan membantu mencairkan lemak. Senang sikit nak turun berat.”

Ambil perhatian
*Minuman berais tidak menyebabkan lemak membeku..
*Minuman berais tidak menyebabkan berat badan susah nak turun. Minuman berais tak menyebabkan obesiti.
*Ais tidak bekukan lemak. Áir panas tidak cairkan lemak,
*Kandungan lemak tetap akan sama walaupun minum air panas atau ais beku..

Ambil Tahu
Minuman berais selain air kosong bila ditambahkan gula atau lemak, itu akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori kita. Bila kalori berlebihan, ia akan menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan masalah berat badan dan obesiti.

Jangan Salah Faham
Minuman ber’ais’ tidak menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Letak ais dalam mulut pun sudah cair. Belum sempat sampai perut macam mana boleh beku? Ais sendiri audah mencair dan berubah suhu di dalam mulut. Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais. Suhu ais akan beradaptasi mengikut kesesuaian tubuh badan kita disebabkan oleh sistem thermoregulation yang mengawal suhu mengikut suhu badan.

IKLAN

Sentiasa ingat
Lemak yang dimakan akan dicernakan oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum diserap oleh usus kecil. Jika lemak menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak tersebut dapat diserap oleh usus sebab saiz partikelnya terlalu besar.

Jadi, minum air berais tidak menggemukkan..Yang penting minuman AIS kosong. Kalau minuman AIS berGULA dan berLEMAK seperti minuman berperisa, teh atau kopi ais, minuman coklat, minuman berkarbonat, teh boba dan sebagainya, tak kiralah panas atau sejuk atau berais, itu sebenarnya yang boleh menternak lemak dalam badan dengan jayanya!

Minuman ais TIDAK membekukan lemak
Kalori ais = 0
Kalori teh ais = 125

10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan berkafein ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

Roti, kek dan lain-lain
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng dan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.

Sumber kredit: Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kevinzahri.com