Alahai, comelnya! Begitulah reaksi yang dapat digambarkan apabila melihat video Siti Aafiyah bertemu dengan Aunty Neelofa di rumahnya.

Video yang dimuat naik oleh ibu Aafiyah iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman instagramnya itu mendapat pelbagai respons positif daripada pengikutnya yang teruja melihat gelagat Aafiyah yang sangat peramah biarpun baru sahaja berjumpa.

Jelas Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti dalam video tersebut, beliau mengatakan kebiasaannya Aafiyah tidak berkelakukan sebegini apabila bertemu dengan orang lain.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty @neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak.. Ibu terkedu jap 🤷‍♀️

IKLAN

Ajak Aunty Lofa gosip ke Aafiyah?

Kecil-kecil lagi sudah pandai menghormati tetamu…

Bijak sungguh Aafiyah ni kan! Mungkin disebabkan aura aunty Neelofa itu yang membuatkan Aafiyah rasa tidak kekok apabila berada bersamanya. Moga Aafiyah akan terus membesar menjadi gadis yang sentiasa menghormati orang ramai. Amin.