Bersangka baik dan berfikiran positif menjadikan hari-hari yang kita lalui berjalan dengan lancar. Mengapa kita perlu bersangka baik dan berfikiran positif? Jawapannya mudah sahaja. Apabila kita sentiasa berfikiran positif segala permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah.

Elakkan sama sekali bersangka buruk terutama kepada orang lain. Aura positif yang ada dalam diri kita bukan sahaja mampu menaikkan semangat tetapi dalam masa yang sama menjadikan kita insan yang lebih bersyukur.

Berikut perkongsian  Syifa Melvin

Bila kita selalu bersangka baik dan selalu berfikiran positive mmg kita akan selalu rasa tenang dan terima semua, tapi kalau kita selalu nampak buruk orang, selalu tak puas hati dengan orang selagi tu kita takkan bahagia, happiness comes from within.. Buang sifat hasad dengki dalam diri kalau nak tenang, sebab perasaan dalam hati akan terpancar dari raut WAJAH.. Be Happy Always and stay positive.

IKLAN

Berfikiran positif lebih dikenali sebagai husnuzon yang membawa maksud bersangka baik. Bersangka baik atau berfikiran positif boleh mencipta kejayaan dalam kehidupan. Oleh itu, agama Islam amat menganjurkan umatnya bersangka baik dalam kehidupan.

Sesungguhnya bersangka buruk adalah menjadi penghalang kepada hubungan sesama manusia. Ini kerana bersangka buruk itu boleh mencetuskan pelbagai masalah, seperti hasad dengki, cemburu dan sebagainya.

Semoga hari-hari yang kita lalui diberkati dan dirahmati oleh Allah SAW.

Sumber kredit: Syifa Melvin